Matlamat kami adalah untuk mengurangkan kesan tabiat merokok terhadap kesihatan awam. Inilah sebabnya mengapa kami sedang menghasilkan portfolio produk bebas asap rokok dan menilai impak produk tersebut terhadap kesihatan individu dan masyarakat dengan kaedah saintifik yang mendalam.
Kami komited untuk berkongsi hasil kajian kami setelah penilaian produk-produk kami berkembang . Kami telah menubuhkan portfolio pelbagai program untuk memupuk inovasi dan verifikasi bebas bagi hasil penyelidikan kami.
Program pembangunan dan penilaian kami yang mendalam untuk produk bebas asap rokok diilhamkan daripada amalan industri farmaseutikal untuk ubat-ubatan baharu. Program kami dijalankan berdasarkan draf panduan FDA mengenai Produk Tembakau Dengan Risiko Yang Diubah Suai (2012).