Merokok menyebabkan beberapa penyakit serius dan meningkatkan risiko kematian awal. Strategi kawalan tembakau di kebanyakan negara bertumpu kepada langkah pengawalan bekalan dan permintaan yang bertujuan untuk mencegah permulaan, mengurangkan penggunaan dan menggalakkan untuk berhenti merokok. Langkah-langkah ini telah mengakibatkan penurunan prevalens merokok sejak tiga dekad yang lalu tetapi tidak mungkin akan menghapuskan tabiat merokok sama sekali. Malah, berdasarkan kepada trend penduduk, ia dianggarkan akan terdapat kira-kira 1 billion to 1.1 billion smokers by 2025, kira-kira jumlah yang sama seperti hari ini.

 

Sains dan teknologi boleh dan mesti memainkan peranan dalam mencipta penyelesaian untuk masalah ini. Sumber utama masalah ini telah diketahui: penyelidikan saintifik sejak berdekad lamanya menunjukkan bahawa penyebab utama penyakit berkaitan dengan merokok adalah daripada Harmful and Potentially Harmful Constituents (HPHCs) yang dihasilkan daripada pembakaran tembakau. Pembakaran merupakan penyebab pengeluaran majoriti bahan kimia berbahaya yang dikesan dalam asap rokok.. Inilah sebabnya mengapa kami sedang menghasilkan portfolio produk-produk dengan risiko yang dikurangkan* (RRP) untuk perokok dewasa. Kami merujuk kepada produk-produk dengan risiko yang dikurangkan ini sebagai produk bebas asap rokok kami. Peralihan sepenuhnya kepada produk ini berpotensi untuk mengurangkan risiko bahaya berbanding daripada terus merokok.

 


Pembakaran merupakan penyebab pengeluaran majoriti bahan kimia berbahaya yang dikesan dalam asap rokok.
 

Baca visi Presiden kami

“Kami komited untuk mencapai masa depan bebas asap rokok dan visi kami adalah Produk Dengan Risiko Yang Dikurangkan yang disokong secara saintifik akan menggantikan rokok dengan secepat mungkin.”– Presiden Sains dan Inovasi, Mirek Zielinski

Baca mesej sepenuhnya

 

Alternatif untuk perokok yang sebaliknya akan terus merokok

 

Satu-satunya cara untuk mengelakkan risiko penyakit berkaitan dengan merokok adalah dengan tidak merokok sama sekali. Untuk perokok semasa, pilihan terbaik adalah untuk berhenti. Walau bagaimanapun, bagi perokok yang akan terus merokok, matlamat kami adalah untuk menawarkan alternatif-alternatif bebas asap rokok yang berpotensi untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit berkaitan dengan merokok berbanding dengan terus merokok. Kami mencipta produk ini untuk menjadi lebih menarik kepada perokok dewasa semasa supaya mereka boleh beralih sepenuhnya.


Menawarkan alternatif-alternatif bebas asap rokok kepada perokok dewasa adalah rancangan sokongan yang baik sebagai tambahan terhadap strategi kawalan tembakau yang sedia ada. Melihat kepada jumlah perokok yang akan terus merokok, ia benar-benar wajar untuk menawarkan alternatif yang risikonya lebih rendah jika teknologi boleh menghasilkannya, dan jika produk-produk tersebut boleh disediakan. Polisi-polisi dan peraturan yang berkesan sepatutnya membolehkan perokok untuk mengakses Produk Dengan Risiko Yang Dikurangkan yang disokong secara saintifik. Ia juga sepatutnya membolehkan perokok untuk membuat pilihan berdasarkan maklumat tepat mengenai produk-produk ini. Pada masa yang sama, pandangan kami ialah perlindungan terhadap penduduk berisiko, seperti golongan muda, masih terjamin apabila semua pihak berkepentingan bekerja bersama-sama.

 


Inilah sebabnya mengapa kami sedang menghasilkan portfolio produk-produk dengan risiko yang dikurangkan* (RRP) untuk perokok dewasa.

Mengapakah produk bebas asap rokok mengandungi nikotin?

Memahami cara untuk mencapai pengurangan risiko bagi perokok

Tobacco regulation

Peraturan tembakau dan produk bebas asap rokok

Sains yang teliti adalah teras pembangunan dan penilaian produk bebas asap rokok kami

Sains di sebalik pembangunan dan penilaian produk bebas asap rokok diilhamkan daripada amalan yang digunakan dalam industri farmaseutikal untuk pembangunan ubat-ubatan baharu. Kami mematuhi piawaian saintifik yang tinggi dan program kami selaras dengan draf panduan yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat dalam Draf Panduan mereka mengenai Produk Tembakau Dengan Risiko Yang Diubah Suai (2012).

TEROKAI SAINS KAMI

Kenapa pembakaran memudaratkan?

Baca Kenapa